Jumaat, 14 Ogos 2015

soalan KBAT SPM 2015

post  ini disebarkan melalui whats app...semoga beroleh manfaat. insya Allah. terima kasih yg sudi berkongsi.

alam semua. Sy dapat dr GPI Gombak Selangor. Harap ada manfaat dn pahala yg berterusan.

Aslkm rakan gpi
Berikut apa yg saya boleh kongsikan drpd bengkel kbat spm hari ini. Mohon pembetulan kiranya ada kesilapan. 😉

Cth soalan kbat spm bengkel 25.4.2015 - Aras kesukaran soalan spm 5.3.2
Aras kesukaran soalan pt3  3.4.3

Soalan kbat 4 markah....rubrik

Isi (1m)
Huraian(1m)
Penjelasan huraian (1m)
Rumusan (1m)
## calon tetap jawab dlm perenggan bukan dlm point
##kesimpulan tidak boleh ulang isi
##kesimpulan boleh bentuk cadangan

Soalan 1
Budaya masa kini meletakkan mas kahwin yg tinggi seolah-olah anak menjadi brg dagangan sedangkan hadis rasulullah menyebut semulia mulia perempuan adalah yang rendah mas kahwinnya.
Berdasarkan pernyataan di atas bagaimana mendidik masyarakat supaya mas kahwin bukan mengikut adat tetapi mengikut sunnah.

Soalan 2
A telah terlibat dalam kemalangan jalan raya menyebabkan dia dirawat di hospital. Kecederaannya serius sehingga tidak boleh bergerak sendiri.
Anda telah ditugaskan utk merawat A. Bagaimanakah anda menenangkan emosi A.                           (4 m)

Contoh jawapan
Saya akan menasihatkan A (isi)
supaya byk byk bersabar (huraian)

Saya akan berborak dgn A(isi)
Supaya dia rasa diambil peduli(huraian)
Kerana orang sakit sangat sensitif  (penjelasan huraian)
Oleh itu, sbg org islam kita jangan ada pilih kasih ant org sihat dgn sakit sebab semua org sama di sisi Allah (kesimpulan)



Soalan 3
A bertugas di Melaka. Beliau telah menerima surat supaya menjalankan tugas di Pulau Pinang selama 4 hari bermula hari isnin hingga khamis. A bertolak dari melaka jam 10 pagi. 6 jam kemudian dia telah singgah di kwsn r n r utk berehat
Berdasarkan situasi di atas, namakan ibadah solat yg boleh dilakukan oleh A.

Cth jaw
Menunaikan solat zohor secara sempurna (isi) /
Jamak takdim zohor asar (isi) kerana masih berada dlm waktu zohor (huraian)

Andaian untuk soalan kbat yg memerlukan 6 markah
...Guru boleh membina  soalan bertindih:
Contoh:
a. Pada pandangan anda kenapa berlaku demikian dan apakah cara mengatasinya.
b.........apakah akibat dan cara mengatasi

Andaian rubrik jika soalan kbat (6m)
a. Soalan tidak bertindih
1 isi
2 huraian
2 penjelasan huraian
1 kesimpulan

2 isi
2 huraian
1 penjelasan huraian
1 kesimpulan

Soalan 4
Trend masa kini anak -anak suka menghantar ibu bapa yg telah uzur ke rumah orang tua atau pusat penjagàan org tua.

Mengapakah situasi di atas boleh berlaku sedangkan mereka mengetahui kesan daripada perbuatan tersebut. (6m)

Rubrik
Anak anak sibuk bekerja (1m)
Kerana mencari nafkah utk keluarga (1 m)
Menyebabkan mrk tiada masa utk menguruskan keperluan harian ibu bapa (1m)
Dan khuatir ibu bapa terbiar tanpa pengawasan (1m)
Sebagai seorg anak kita semestinya bijak menguruskan masa antara keperluan harian dengan memenuhi tanggungjawab(1m) supaya tidak mendapat kemurkaan Allah (1m

Soalan 5
Orang yang mendapat hidayah Allah dapat dilihat melalui perlakuannya dalam kehidupan seharian.
Sejauh manakah penyataan di atas benar. Huraikan hujah anda berdasarkan pemerhatian anda dalam kehidupan bermasyarakat.

Rubrik
 benar / betul (1m)
sentiasa bercakap benar (1m)
agar tidak menimbulkan perselisihan(1m)
Oleh itu kita hendaklah mengamalkan nilai - nilai murni dalam kehidupan  agar hidup aman damai. (1m)

Soalan 6
Kebelakangan ini ajaran syiah telah menular dalam masyarakat. Ramalkan keadaan masyarakat akan datang jika umat islam tidak peka terhadap situasi tersebut

Soalan 7
Remaja hari ini sering terlibat dgn budaya asing spt k pop.  Situasi ini menimbulkan kebimbangan masyarakat.
Bagaimanakah anda dapat menyedarkan rakan anda yg terlibat dengan budaya negatif tersebut.

Soalan 8
Terdpt segelintir remaja islam yg tidak segan silu memuat naik gambar yg tidak sopan dalam laman sosial.  Bagaimanakah cara mendidik remaja ini supaya takut melakukan perkara di atas.

Soalan 9
Berdasarkan keratan gambar di atas, sejauh manakah perbuatan tersebut boleh mencemarkan imej negara. Berikan hujah anda

Soalan 10
Antara usaha kerajaan membenteras ajaran sesat adalah melalui penerbitan akhbar kepada org ramai. Sejauh manakah peranan media massa dalam membenteras ajaran sesat yg berleluasa di Malaysia. Berikan pandangan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...